Ayam Gulai Asam Tempoyak

Ramuan / Bahan

½ ekor ayam
3 biji bawang merah
4 sudu besar tempoyak
½ inci kunyit hidup

10 biji cili api
Garam secukup rasa
Sehelai daun kunyit

Cara-cara

Potong ayam dalam saiz sederhana, bersihkan dan rebus selama 10 minit.
Kisar bawang, tempoyak, kunyit dan cili api. Apabila ayam sudah empuk, masukkan bahan yang dikisar.
Masukkan garam dan daun kunyit, biarkan pekat dan bolehlah dihidangkan.