Ayam Goreng Tumis Kari

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (dipotong biasa)
1 ½ peket rempah kari daging
3 sudu teh serbuk cili
daun kari
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji buah keras (di tumbuk)
sedikit halia ( dicincang)
pati santan
kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
garam
serbuk perasa
serbuk kunyit

Cara-cara

perasakan ayam tadi dengan garam dan kunyit. Gorengkan hingga keemasan tak perlu terlalu lama. angkat dan tos.

Tumis bawang merah dna bawang putih, daun kari, halia, kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau.

masukkan pes rempah kari bersama serbuk cili, goreng garing. Akhr sekali masukkan pati santan dan buah keras. Kacau dan tambah perasa serta garam.

Apabila kuah masak masukkan ayam goreng tadi, biar 2-3 minit dan pekat. angkat dan hidangkan. Hiaskan dengan daun ketumbar atau daun bawang yang dicincang.