Ayam Goreng Tomato

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (kira-kira 3 kati)
1 botol sos tomato
½ cawan susu cair
¼ kati minyak kelapa
1 biji kelapa.

Bahan Giling:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu kaskas
5 biji buah keras
10 tangkai cili merah
20 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia Bahan Menumis:
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 kelopak bunga lawang
1 inci kulit kayu manis

Cara-cara

Ayam dibersihkan, dipotong 8, digaulkan garam kunyit & digoreng setengah masak. Kelapa diambil santan (4 gelas). Panaskan minyak lebihan gorengan ayam tadi & tumis Bahan-bahan Menumis. Apabila kuning, masukkan Bahan-bahan Digiling, dicampurkan secawan santan. Tumislah rempah itu sehingga masak betul. Masukkan ayam goreng tadi bersama santan selebihnya & sos tomato. Bila ayam lembut sedikit, masukkan garam, susu cair, juga 5 biji cili merah dibelah 2 jangan putus, 2 biji bawang besar dipotong bulat. Bila bawang layu bolehlah diangkat. Bubuh dalam pinggan hidang & hias dengan cili berbunga serta daun saderi.