Biskut Manik

Ramuan / Bahan

280 g tepung gandum
2 camca teh serbuk penaik
100 g gula kastor
250 g mentega 50 g coklat masakan (cincang)
4 biji kuning telur
2 camca teh esen vanila
1 bungkus besar coklat M&M

Cara-cara

Campur tepung dan serbuk penaik. Ketepikan. Masak gula, mentega dan coklat di atas api kecil. Kacau sehingga mentega dan coklat cair. (Jangan terlebih masak). Angkat. Masukkan telur dan vanila. Masukkan pula campuran tepung, kacau sehingga rata. Simpan adunan di dalam peti sejuk sejam. Kemudian masukkan coklat M&M ke dalam adunan. Gaul rata. Simpan semalaman di dalam peti sejuk. Panaskan ketuhar pada suhu 170'C. Sapu minyak pada dulang bakar. Bentuk doh seperti bebola kecil dan susun pada dulang bakar. Bakar 10-15 minit (jangan terlalu lama) dan biarkan biskut sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.