Ayam Goreng Pedas

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (disiang & dipotong besar-besar)
2 sudu garam
½ sudu gula
Air dari 4 biji limau nipis
(digaul semua kecuali ayam)

Bahan Giling Kering:
½ sudu biji sawi
1.2 kunyit hidup
2.5 halia muda ½ cawan minyak makan
2 labu kecil bawang besar (dihiris halus)
15-20 batang lada merah (digiling)
1 sudu garam
Air panas

Bahan Giling Basah:
4 ulas bawang putih
1.2 cm kunyit hidup
8 cm serai

Cara-cara

Gaul ayam dengan campuran air limau nipis & perapkan selama 10 minit. Pijarkan minyak atas api yang sederhana.Masukkan bawang & goreng hingga layu. Masukkan bahan giling basah & goreng selama 1 minit. Masukkan bahan giling kering & teruskan mengoreng selama 2 minit. Masukkan lada giling.Apabila telah wangi,masukkan ketulan-ketulan ayam & balik-balikkan supaya rata.Goreng selama 5 minit. Kecilkan api & masukkan air panas secukup untuk meliputi ayam. Didihkan perlahan-lahan hingga ayam empuk & kuahnya pekat. Rasalah garamnya.Isikan ke dalam pinggan & hidangkana panas-panas dengan nasi putih,atau masukkan kedalam peti sejuk & hidangkan setelah sejuk.