Ayam Goreng Manis Pedas

Ramuan / Bahan

½ ekor ayam
(dipotong sederhana besar)
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu cili mesin (sekiranya ingin pedas letak lebih cili)

gula (ikut citarasa anda)
sedikit garam
kunyit serbuk
minyak masak
daun salad

Cara-cara

1. Ayam dibersihkan dan ditoskan airnya.
2. Bawang besar, putih dan halia dimesin halus.
3. Gaulkan bahan kisar, cili, gula, garam dan kunyit bersama ayam dan perapkan selama 1 jam.
4. Panaskan minyak masak dan goreng ayam sehingga nampak kehitam-hitaman sedikit. Kemudian angkat dan letakkan didalam piring yang dialas dengan daun salad.