Ayam Goreng Mak Tok

Ramuan / Bahan

Kepak ayam (atau mana-mana bahagian ayam)
Serbuk kunyit
Garam halus
Minyak untuk menggoreng Daun kari
Limau nipis (diambil jusnya)
Bawang merah (dimayang)

Cara-cara

1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam halus sehingga sebati. Ketepikan.
2. Goreng bawang merah dalam minyak panas sehingga berupa bawang goreng. Toskan dan ketepikan.
3. Goreng ayam sehingga masak. Tos dan ketepikan.
4. Asingkan minyak ayam tadi sehingga tinggal dua sudu makan sahaja.
5. Gorengkan daun kari sehingga naik bau. Masukkan ayam goreng dan bawang goreng. Goreng seketika sehingga sebati.
6. Tutup api dapur dan perahkan limau nipis (atau tuangkan jus perahan limau nipis). Sedia dihidangkan.