Ayam Goreng Crispy

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam yang dipotong 12.
2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 s/b serbuk kari
sedikit cili giling (kalau nak pedas)
garam secukup rasa
(daun kari kalu ada)

tepung gandum untuk menggoreng

Cara-cara

Ambil halia dan bawang putih ditumbuk dengan garam, selepas itu gaulkan dengan ayam tadi, masukkan sebuk kari dan sedikit cili giling kalu nak ada rasa pedas dan perapkan selama 1/2 @ 1 jam.
setelah 1 jam, panaskan minyak

* amik ayam seketul dan golek2 atas tepung gandum tadi dan terus dimasukkan ke dalam minyak yang panas tadi, dan seterusnya ulangi (tanda *)dan goreng sehingga kekuningan, dan angkat. dan boleh lah di hidangkan...