Biskut Makmur

Ramuan / Bahan

2 cawan tepung gandum
1 buku mentega
secubit garam
sebiji putih telur
1 cawan kacang yg telah dikisar halus
2 sudu besar gula halus
1 cawan gula

Cara-cara

1. 2 sudu besar gula dicampur bersama kacang yang telah dikisar halus.

2. blend hingga halus 1 cawan gula utk disalut pada biskut.

3. sangai/goreng tanpa minyak tepung gandum dan garam hingga kering berderai

4. campurkan mentega & putih telur ke dalam tepung. uli hingga sebati.

5. ambil adunan agak2 sebesar fish ball, leperkan, kemudian masukkan inti kacang ke dalamnya.

6. kemudian kepalkan padat2 & bentuklah seperti bulan sabit.

7. bakar selama 20 minit atau hingga kekuningan pada suhu 150.

8. biar biskut sejuk sebelum disalut gula.