Ayam Goreng Cili Padi

Ramuan / Bahan

BAHAN A:

1 ekor ayam dibersihkan dan dibelah lapan
1 batang serai ditumbuk lumat
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit tepung beras
Sedikit kunyit serbuk & garam
Bahan B:

1 genggam cili padi
2 labu bawang
1 batang serai.
Garam secukup rasa.

Cara-cara

LANGKAH PERTAMA:

Setelah ayam dibersihkan,bahan-bahan yang lain dilumurkan ke ayam dan dibiarkan perap selama 1 jam. Setelah diperap, ayam boleh digoreng sehingga kekuningan.

LANGKAH KEDUA:
Bahan-bahan B hendaklah ditumbuk tetapi jangan hancur dan serai hanya dititik.
tumis bahan-bahan ini jangan sampai garing. kemudian campurkan ayam gorengan tadi kedalam tumisan ini.
Siap untuk dimakan.