Ayam Goreng Bersantan

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 camca kecil jintan manis
1 camca kecil jintan putih
10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 camca kecil ketumbar 2 batang serai(dihiris dan ditumbuk)
2 inci halia dan sedikit lengkuas (ditumbuk)
1 ½ biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (diambil patinya sahaja)
Sedikit gula dan air limau nipis
Garam secukup rasa

Cara-cara

Ayam dipotong dan gaulkan bersama halia. Perapkan beberapa minit. Selepas itu digoreng. Apabila garing, angkat dan tumis pula rempah yang telah ditumbuk, sesudah garing, masukkan pati santan serta ayam goreng tadi. Biarkan mendidih dan kering, barulah di angkat.