Ayam Goreng Bersalut Kacang

Ramuan / Bahan

4-5 ketul ayam
1 ½ sudu teh garam
1 ½ sudu teh serbuk lada sulah
50 gm serbuk roti
50 gm kacang tanah panggang (dikisar halus)
2 sudu teh serbuk paprika/serbuk cili
2 biji telur (dipukul hingga kembang)
4 sudu besar minyak masak Bahan-bahan lain:
Sos cili
Sos tomato

Cara-cara

Gaul ayam bersama garam dan serbuk lada sulah di dalam mangkuk hingga sebati. Ketepikan. Satukan serbuk roti bersama kacang tanah panggang dan serbuk paprika/serbuk cili di dalam mangkuk lain, gaul hingga ia sebati. Celup ketulan ayam di dalam telur baru salutkan dengan campuran serbuk roti. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ayam hingga ia keperangan atau masak. Hidang bersama sos cili atau sos tomato.