Ayam Goreng Bermadu

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
2 sm halia
½ sm lengkuas
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu makan ketumbar
8 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah 2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
4 batang daun ketumbar
Minyak masak
Sedikit madu
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

Potong ayam dan bersihkan. Kisar bawang merah, bawang putih, jintan putih dan manis, ketumbar, halia dan lengkuas. Gaulkan dengan ayam dan renjiskan dengan kicap cair, sos tiram dan madu. Daun ketumbar dimayang kemudian digaulkan dengan ayam tersebut dan perap selama 1/2 jam. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan warnanya.