Biskut Makaroon Kelapa

Ramuan / Bahan

280 gm kelapa didalam tin
380 gm gula halus
150 gm putih telur 5 gm esen vanila
2 gm parutan kulit oren
2 gm parutan kulit lemon

Cara-cara

Campur semua bahan dan kacau sebati. Panaskan kukusan dan kukus bahan-bahan tadi hingga larut dan panasnya 60 darjah. Kemudian angkat dan sejukkan. Masukkan ke dalam uncang paiping dan picit menggunakan muncung berbintang. Kemudian bakar 180 darjah hingga masak.