Ayam Goreng

Ramuan / Bahan

2 ½ ekor ayam
1 tin minyak
10 biji cili kering
1 camca kecil gula putih
1 camca kecil garam 2 camca besar sos tomato 5 biji buah keras
5 ulas bawang merah atau seulas bawang besar
1 inci halia
5 ulas bawang putih

Cara-cara

Rebus ayam selama 10 minit. Lada kering, bawang merah, bawang putih, halia dan buah keras ditumbuk lumat. Ayam yang telah direbus, digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kuning dan garing. Setelah itu. ayam tadi digoreng semula dengan ramuan yang telah ditumbuk bersama dengan sos tomato.