Ayam Golek Laila

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 kg santan
1 sudu makan cili kering (dikisar) 5 ulas bawang merah
Halia
Belacan

Cara-cara

Ayam dipotong kepada 12 ketul.

Kisar bawag, halia dan belacan hingga lumat dan campurkan dengan santan kemudian dijerang di atas api yang sederhana hingga mendidih.

Masukkan ayam dan biarkan ia empuk.

Keluarkan ayam dan tinggalkan kuahnya di dalam periuk.

Masak kuah itu hingga pecah minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa.

Panggangkan sebentar daging ayam di atas bara api.

Letakkan ke dalam pinggan dan tuangkan kuahnya tadi. Hidangkan.