Wave Special

Ramuan / Bahan

200 ml jus kiwi
100 ml jus oren
200 ml jus mangga 100 ml jus nenas
100 ml Sprite (minuman bergas)
Sedikit ketulan ais

Cara-cara

Buah-buahan seperti kiwi, oren, mangga dan nenas sebaiknya dikisarkan terlebih dahulu untuk dijadikan jus. Campurkan kesemua jus buah-buahan tadi dan kisarkan sehingga berbuih. Sediakan gelas, masukkan ketulan ais diikuti dengan jus yang telah disiap kisar tadi. Akhir sekali tuangkan Sprite di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.