Ayam Dan Cendawan Bersos Tiram

Ramuan / Bahan

500 gm ketulan ayam
3 camca besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dicincang
¾ cawan cendawan butang, dipotong dua
1 batang kecil lobak merah, dipotong berbaji
1 cawan air
2 camca teh Serbuk Pati Ayam Maggi
2 batang daun bawang, dipotong sepanjang 2 sm
1 tangkai cili merah, dihiris Bahan-bahan A:
2 camca teh tepung jagung
2 camca teh Kicap Cair Maggi
2 camca teh Sos Perisa Tiram Maggi
2 camca teh air halia
1 camca teh gula
Lada sulah secukup rasa

Cara-cara

Perasakan ketulan ayam bersama bahan-bahan A dan ketepikan 10 minit. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga kekuningan. Masukkan ayam dan masak di atas api besar tiga minit. Keluarkan ayam. Dalam baki minyak, masukkan cendawan dan lobak merah. Goreng dua minit. Masukkan semua ayam dan air serta Serbuk Pati Ayam Maggi, masak hingga mendidih. Masak di atas api sederhana hingga ayam lembut. Hidangkan ketika masih panas bersama nasi.