Sarbat Kelopak Ros Nanas

Ramuan / Bahan

5 kuntum bunga ros
2 liter air sejuk (bukan ais)
3 biji jus lemon 1 1/3 cawan gula
3 cawan nanas (dikisar halus)
2 cawan ais

Cara-cara

Basuh ros dengan air biasa. Tanggalkan kelopaknya, asingkan beberapa keping untuk hiasan.

Masukkan selebihnya di dalam bekas seramik tersebut dan disimpan di tempat gelap (jangan terkena cahaya matahari)
selama kira-kira empat jam.

Selepas itu tapis air ros tadi. Campurkan jus lemon, gula dan nanas.

Tuangkan ke dalam gelas dan bubuh ais. Hias atasnya dengan kelopak ros.