Punch Khasiat

Ramuan / Bahan

2 biji epal (dibuang kulit dan empulurnya)
1 biji timun (dibuang kulit dan empulurnya)
1 tangkai saderi
500 ml air 250 ml aiskrim soda
125 ml madu
Kiub ais secukupnya

Cara-cara

Kisar epal bersama timun, saderi dan sedikit air sehingga ia sebati dan hancur. Tapis ke dalam jar. Tambah baki air bersama aiskrim soda dan madu. Jika suka boleh dihidangkan dengan ais.