Ayam Dalam Buluh

Ramuan / Bahan

300 gm ayam (ayam kampung)
Serbuk perasa dan garam secukupnya
20 gm serai Buluh
Air rebusan ayam secukupnya

Cara-cara

Ayam dipotong dadu dan diperap bersama serbuk perasa dan garam seketika. Kemudian masukkan serai. Masukkan ayam ke dalam buluh dan tuangkan air rebusan ayam. Panggang di atas bara ( seperti memasak lemang) kira-kira 25 minit atau hingga ayam masak.