Ayam Cuka

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (disiang & dipotong empat)
4 helai daun pisang yang besar (dilayurkan)
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah

Bahan Giling:
1.2 cm lengkuas
1.2 halia
5 biji buah keras
¾ sudu lada hitam
1 sudu penuh garam 2 pokok daun bawang (dicincang)
4 sudu cuka
180 ml pati santan
Secubit garam (dicampurkan)

Cara-cara

Letakkan tiap-tiap potongan ayam ke atas sehelai daun pisang. Bahagian bahan giling & lomorkan ke atasnya. Campurkan bawang putih,bawang merah & daun bawang.Taburkan ke atas potongan-potongan ayam dengan sama rata. Bahagikan cuka,kemudian pati santan dengan sama juga. Bungkuslah ayam tadi. Kukuslah selama 10-20 minit,hingga masak. Hidangkan panas-panas dalam bungkusannya.