Panc Anggur Segar

Ramuan / Bahan

20 biji anggur hijau
10 biji anggur hitam
1 biji limau Sunkist
1 tin susu cair 1 camca teh esen ros
Air gula secukup rasa
Secubit garam
Ketul air batu

Cara-cara

Campur susu, garam, esen ros dan air gula. Kacau rata. Kisar 10 biji anggur hijau bersama sebiji limau. Tapis dan ambil airnya. Masukkan ke dalam gelas dan masukkan selebih anggur hijau dan anggur hitam. Tuangkan campuran susu tadi dan masukkan ketul air batu.