Minuman Epal Berpudina

Ramuan / Bahan

400 ml air
4 cm kulit kayu manis
4-5 camca besar gula perang
2 biji epal hijau, dibuang empulur 1 camca teh esen mentega
½ camca teh esen pudina
1 camca besar serbuk roti (putih)
Sedikit serbuk kulit kayu manis

Cara-cara

Masak air bersama kulit kayu manis dan gula perang hingga gula hancur. Angkat dan keluarkan kulit kayu manis. Kisar air bergula bersama epal hingga epal hancur. Masukkan esen mentega dan esen pudina serta kacau rata. Tuang minuman ke dalam gelas, taburkan sedikit serbuk roti dan serbuk kulit kayu manis. Hidangkan panas-panas.