Minuman "Milk Shake"

Ramuan / Bahan

2 gelas susu sejuk
2 camca besar aiskrim rasa vanila 2 hiris limau nipis atau lemon (untuk hiasan)

Cara-cara

Sejukkan susu dalam peti ais. Sejukkan 2 gelas minuman yang tinggi. Masukkan aiskrim ke dalam jag dan tambahkan susu sejuk serta enjutkan campuran tersebut hingga sebati. (Beberapa minit sahaja). Tuangkan minuman "milk shake" ke dalam gelas-gelas yang telah disejukkan dan hiaskan dengan hirisan limau.Hidangkan sejuk.