Jus Timun

Ramuan / Bahan

1 Biji Timun (Sederhana Besarnya)
5 sudu besar air gula
500ml Air
Perahan limau nipis

Cara-cara

Potong timun nipis-nipis, buang bahagian atas yang pahit dan kemudian dikisar dalam mesin pengisar buah-buahan.
Selepas dikisar masukkan dalam mangkuk punch ataupun jug bersama air,gula dan perahan limau nipis. Kacau sehingga gula tadi mesra dengan air timun itu tadi.