Ayam Cincaluk

Ramuan / Bahan

250ml minyak
500gm daging ayam yang telah dicuci

Bahan bahan kisaran:

5 sudu besar cincaluk yang telah ditapis airnya
4 biji bawang merah
3 cm halia
1 cm kunyit hidup
3 batang serai
5 biji buah keras
8 biji cili padi

Bahan-bahan hirisan

4 helai Pucuk limau purut
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 kuntum bunga kantan yang muda

Garam, gula, air limau kasturi secukup rasa
Air secukupnya kalau masala terlalu kering

Cara-cara

Panaskan minyak tumis ayam untuk beberapa minit atau sampai ada sedikit warna pada daging ayam dan ketepikan.

Lebihkan minyak.

Masukkan ayam dan kecilkan api dan masak ayam bersama rempah cincaluk sampai sebati dan masukkan bahan hirisan dan gula, garam dan limau kasturi.

Jika terlalu kering masukkan sedikit air, reneh sebelum padamkan api.