Fizi Oren Berhalia

Ramuan / Bahan

3 biji limau oren (diperah air dan diparut kulitnya)
50 gm halia muda (dihiris kecil)
500 ml air 100 gm gula perang
250 ml Pepsi
Kiub ais secukupnya

Cara-cara

Jerang kulit limau oren bersama halia muda, separuh air dan gula perang di dalam periuk kecil di atas api perlahan hingga ia mendidih. Kemudian renehkan selama 10 minit. Ketepikan kulit limau oren. Kisar campuran air halia bersama perahan limau oren hingga ia sebati dan halus. Tapis air ke dalam jar dan buang hampas halia. Kacau air halia bersama baki air dan Pepsi hingga ia sebati. Hidang ia bersama kiub ais di dalam gelas koktel.