Ayam Cili Kicap

Ramuan / Bahan

½ ekor Ayam (dipotong sedang)-lumurkan dengan garam/kunyit
10 tangkai cili kering (diblend bersama bawang ½ labu & sedikit minyak)
3 ulas bawang merah (dimayang)
Air asam jawa
sedikit gula
sedikit garam
satu tangkai daun kari
satu labu bawang besar (dimayang)
kicap pekat

Cara-cara

Lumurkan ayam dengan kunyit + garam & digoreng separuh masak & ketepi. Buang sedikit minyak gorengan ayam tadi dan tumis bawang merah sehingga naik bau &
masukkan cili kisar hingga pecah minyak.
Masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Kacau hingga mendidih dan masukkan ayam tadi, kicap, bawang besar & daun kari.
Kacau hingga sebati.