Air Tembikai

Ramuan / Bahan

½ biji buah tembikai
125 gm gula pasir -(sirap)
125 ml air panas mendidih -(sirap)
1 biji limau nipis-(sirap) Air tembikai dan ketul-ketul ais
875 ml air sejuk dari peti ais
Daun pudina-hiasan
½ cawan isi tembikai yang dipotong dadu.

Cara-cara

Sediaka sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk dan tuangkan air panas. Kacau dan tutup mangkuk itu. Sediakan air buah. Cuci dan potong sehiris untuk di potong dadu. (hiasan). Korek isi tembikai dengan camca besar dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Perah air tembikai dengan menekankannya di dalam tapis aluminium dengan menggunakan senduk kayu kemudian tuang air ke dalam jag. Perah limau. Tapis sirap ke dalam jag tembikai, tambahkan 875 ml air sejuk, kacau dan sejukkan di dalam peti ais. Potong dadu isi tembikai untuk hiasan. Apabila cukup sejuk masukkan hiasan ini serta daun pudina dan hidangkan di atas dulang.