Air Tembikai

Ramuan / Bahan

½ biji buah tembikai (sedang)
125 gm gula pasir (sirap)
125 ml air panas mendidih (sirap)
1 biji limau nipis
Air tembikai & ketul-ketul ais
875 ml air sejuk Hiasan:
Daun pudina
½ cawan isi tembikai yang dipotong dadu

Cara-cara

Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk & tuangkan air panas. Kacau & tutup mangkuk itu. Sediakan air buah. Cuci & potong sehiris untuk dipotong dadu (hiasan). Korek isi tembikai dengan sudu besar & masukkan ke dalam mangkuk adunan. Perah air tembikai dengan menekankannya di dalam tapis aluminium dengan menggunakan senduk kayu kemudian tuang air ke dalam jag. Perah limau. Tapis sirap ke dalam jag air tembikai, tambahkan 875 ml air sejuk, kacau & sejukkan di dalam peti ais. Potong dadu isi tembikai untuk hiasan. Apabila cukup sejuk masukkan hiasan ini serta daun pudina & hidangkan.