Air Teh

Ramuan / Bahan

5 sudu kecil penuh teh (untuk 4 orang + 1 sudu kecil teh untuk 1 tekoh)
500 ml air panas mendidih 1 jag susu sejuk
1 mangkuk gula halus

Cara-cara

Jerangkan air dalam cerek. Panaskan tekoh dengan air mendidih. Sukatkan daun teh ke dalam tekoh yang dipanaskan. Tuangkan air mendidih ke dalam tekoh. Tutup tekoh itu & biarkan teh terseduh selama 5 minit. Hidangkan air teh bersama penapis teh, susu sejuk & gula di atas dulang.