Air Susu Kacang Soya

Ramuan / Bahan

150 gm kacang soya (dicuci & direndam selama satu malam)
750 ml air & 500 ml air 185 gm gula pasir (½ gula batu jika suka)
2 helai daun pandan

Cara-cara

Menyedia kacang soya. Cuci, tos & hancurkan kacang soya bersama-sama dengan 750 ml air dalam penghancur (blender) hingga halus. (Bahagikan dalam 3 / 4 bahagian jika penghancur itu terlalu kecil)/ Cuci, tos & tumbukkan kacang soya itu hingga lumat. (air 750 ml ditambah ke dalam periuk semasa merebus). Menyedia susu kacang soya. Masukkan kacang soya yang hancur dalam sebuah periuk & tambahkan 500 ml air serta daun pandan yang disimpulkan. Masak hingga mendidih & biarkan mendidih perlahan-lahan lebih kurang 20 minit. Tapiskan campuran secara teliti dengan menggunakan sehelai kain maslin. Tuang semula susu kacang soya ke dalam periuk & masukkan gula kemudian rebuskan semula hingga gula larut. Cairkan mengikut rasa & hidangkan sejuk / suam.