Air Sirap

Ramuan / Bahan

125 gm (4 camca penuh) gula pasir
125 ml (¼ pt) air
Beberapa titik pewarna merah ½ camca teh esen ros atau sehelai daun pandan-jika suka

Cara-cara

Bubuh gula ke dalam sebuah periuk kecil dan tuangkan air ke dalamnya. Kacau di atas api yang sederhana panas hingga semua gula larut. Tambah esen ros atau daun pandan serta pewarna dan biarkan mendidih selama 5 minit. Tapis dan tambahkan air sejuk secukupnya. Sejukkan di dalam peti ais. Hidangkan atas dulang.