Air Limau

Ramuan / Bahan

2 biji oren atau 3 biji limau nipis yang besar atau 6 biji kasturi yang besar
125 gm (4 camca besar penuh) gula pasir-untuk dibuat sirap
125 ml (¼ pt) air panas mendidih-untuk dibuat sirap Ketul ais
875 ml (1 ¾ pt) air sejuk (daripada peti ais)
Beberapa hirisan oren/limau nipis-jika suka
Daun pudina (1 batang) -jika suka
1 biji ceri-jika suka

Cara-cara

Lembutkan, basuh dan keringkan buah-buah limau itu. Parut kulit buah atau hiris nipis kulit luar buah-buah itu ke dalam mangkuk. Jangan parut atau hiris kulit dalamnya (yang berwarna putih) ditakuti pahit rasanya. Sediakan sirap. Bubuh gula dengan kulit limau ke dalam mangkuk, tuang air panas yang baru mendidih ke dalam mangkuk itu. Kacau dan tutup mangkuk itu. Biarkan selama 10-15 minit. Sediakan air buah. Limau dibelah dua melintang. Potong sehiris dua untuk hiasan. Buang biji dan perah airnya. Tapiskan air buah ke dalam jag. Tapiskan sirap yang telah disejukkan ke dalam jag air buah dan tambahkan dengan 875 ml (1 3/4 pt) air sejuk. Sejukkan dalam peti ais. Apabila cukup sejuk masukkan beberapa ketul ais. Hias tepi jag atau gelas dengan hiris-hiris limau, daun pudina dan ceri. Hidangkan diatas dulang.