Air Kopi

Ramuan / Bahan

1 camca besar penuh serbuk kopi
500 ml air panas mendidih 1 jag susu panas
1 mangkuk gula halus

Cara-cara

Jerangkan air hingga mendidih. Panaskan koleh dan tekoh kopi dengan air mendidih. Masukkan kopi ke dalam koleh dan tuangkan air mendidih. Kacau. Tutup koleh dan biarkan kopi terseduh selama 10 minit di tempat suam seperti ditepi dapur. Kacaukan kopi dan tapiskan ke dalam tekoh kopi yang sudah dipanaskan. Hidangkan air kopi dengan susu panas dan gula berasingan di atas dulang.