Air Koko

Ramuan / Bahan

4 sudu kecil penuh koko
1 liter susu Gula di dalam mangkuk

Cara-cara

Campur sebatian koko dengan 6 sudu besar susu. Jerangkan susu selebihnya dalam periuk yang sudah dibasahkan. Apabila susu mendidih, tuangkan ke dalam bekas berisi koko & kacau. Bilas periuk kemudian tuangkan bancuhan koko ke dalam periuk & jerang semula. Masak hingga mendidih supaya masak kanjinya. Biarkan merenih selama 1-2 minit. Tuangkan ke dalam jag tembikar yang sudah dipanaskan & hidangkan dengan gula (diisi dalam mangkuk).