Ayam Bernanas

Ramuan / Bahan

seekor ayam (anggaran 1 kg lebih)- diperap dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
sebiji nanas (potong kecil-kecil)- pastikan nanas telah dicelur dan ditos betul-betul

bahan-bahan dikisar bersama:
30 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 biji tomato 3 serai (diketuk)
bunga kantan (hiris halus)
3 sudu besar cili sos
sesudu besar tomato sos
gula
garam

Cara-cara

Goreng ayam yang telah diperap hingga garing.bila dah garing,angkat dan toskan minyak.tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.apabila dah pecah minyak,masukkan kedua-dua sos dan kacau hingga sebati. kemudian masukkan serai dan bunga kantan.tunggu 2-3 minit,pastu baru masukkan sedikit gula dan garam (ikut suka kalau nak pedas atau manis.agak-agak dah cukup rasa masukkan ayam, kacau-kacaukan dan balik-balikkan ayam. seterusnya masukkan nenas dan kacau 3-4 minit.kacau jangan terlalu lama sebab nanas pun dah masak(Bila nampak dah sebati tutup api)pastikan tak terlalu basah(nanti nampak benyek) atau terlalu kering. Jangan sampai hangit dahla...