Air Barli Berlimau

Ramuan / Bahan

30 gm barli
500 ml air
¼ biji limau sederhana besar
30 gm gula secukup rasa Hiasan:
½ biji ceri
1 tangkai daun pudina

Cara-cara

Basuh & rebus barli ke dalam periuk dengan 500 ml air. Apabila mendidih, kecilkan api & biarkan barli merenih hingga air kelihatan keruh. perh limau & buangkan bijinya ke dalam cawan. Tapis air barli ke dalam mangkuk yang berisi gula & kacau. Biarkan ia sejuk. Apabila air barli itu telah sejuk, masukkan air limau yang diperah tadi. Sejukkan di dalam peti ais. Campurkan air barli berlimau itu dengan air untuk mendapatkan 500 ml & hidangkan sejuk / suam dengan ceri & daun pudina.