Air Bandung Istimewa

Ramuan / Bahan

1 liter air
½ tin susu cair
1 botol Sprite/7-Up
½ biji epal 50 gm tembikai
1 camca teh selasih
Sirap secukupnya

Cara-cara

Rendam selasih 5 minit. Epal yang dikupas kulitnya dan tembikai dipotong dadu kecil-kecil. Satukan air, sirap, susu dan Sprite/7-Up. Kacau rata. Kemudian campurkan buah-buahan dan selasih. Kacau hingga rata.