Mi Udang

Ramuan / Bahan

Bahan A (Kisar)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 sudu cili kering
1cm belacan
2 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
1 sudu udang kering (jika suka)

Bahan B
1 paket mi kuning
Udang
Air kulit udang yang dikisar&ditapis
2 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
Garam
Gula

Mi kuning
3 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
Air kulit udang yang dikisar&ditapis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa Bahan C (Dihidang Bersama)
Sawi
Taugeh
Daun sup (dihiris)
Cili merah (dihiris nipis)
Limau kasturi
Tauhu (dipotong&digoreng)
Bawang goreng
Telur rebus

Cara-cara

1 - Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air kulit udang dan tambahan sedikit lagi air.
2 - Masukkan sos tomato dan sos cili,garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
3 - Apabila mendidih,masukkan udang, mi kuning, sawi dan tauge
4 - Angkat dan hidangkan bersama bahan hiasan