Laksa Kuah Lemak

Ramuan / Bahan

bahan untuk kisar:

6 ekor ikan kembong atau jenis lain (ikut suka)
4 batang serai
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu besar kerisik
sedikit halia (ikut suka)
sedikit belacan (ikut suka)
sedikit udang kering (ikut suka) laksa kering atau bihun atau spegeti
6 keping asam keping
1 cawan penuh santan pekat
1 paket kecil serbuk kari ikan (larut dengan air)
timun
bawang besar
cili
daun kesum
bunga kantan
garam (ikut suka)

Cara-cara

rebus ikan bersama sedikit garam dan asam keping. setelah empuk. asingkan isi ikan dan kisar.

satukan bahan kisar + daun kesum + bunga kantan + larutan serbuk kari + santan + garam + asam keping + baki air rebusan ikan.

masak atas api sederhana. api tidak boleh terlalu kuat. kalau garam tak cukup nanti kuah akan melimpah keluar dari periuk.

masak sampai pekat