Laksa Kedah

Ramuan / Bahan

Untuk lima orang makan:

1 bungkus Laksa
½ kilo Ikan Selayang
Asam Gelugor (Asam Keping) Secukup Rasa
Minyak Masak
Cili Kering (anggaran 50 sen)
¼ Keping Belacan
15 biji Bawang Merah
Daun Kesum
2 Kuntum Bunga Kantan (dihiris)
Serbuk Perasa
Garam


Bahan Hiasan:

Telor rebus
Timun
Kacang Panjang
Daun Selom
Daun Gajus
Pucuk Putat
Ulam Raja
Bawang Besar
Cili Padi

Cara-cara

Laksa direbus bersama sekeping asam gelugor dan 3 sudu minyak masak sehingga lembut kemudian ditos.
Cara membuat kuah:
Rebus ikan selayang kemudian asingkan isi dengan tulang. Kemudian kisar isi ikan dan tulang berasingan. Tulang ikan yang telah dikisar hendaklah ditapis dahulu. Chili kering, belacan dan bawang merah dikisar. Air tulang tersebut berserta air rebusan ikan dimasak bersama cili kering yang dikisar tadi. Untuk menambah kesedapan kuah laksa masukkan bunga kantan yang telah dihiris, segenggam daun kesum, 3 keping asam gelugur, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Didihkan kuah sehingga masak.