Ayam Berkuah Sate

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (potong ikut suka)
5 sudu besar sos cili
Sedikit gula
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis.

Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering
6 biji cili merah
200 gm kacang tanah
2 biji buah keras
50 gm gula Bahan Mayang:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
4 cm halia
2 cm lengkuas
6 batang serai
3 helai daun limau purut

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumiskan Bahan-bahan yang telah dimayang sehingga naik baunya. Masukkan Bahan Kisar serta soso cili & tumiskan lagi sehingga wangi. Masukkan ayam & tumis lagi hingga sebati. Akhir sekali barulah dimasukkan santan garam & gula. Masak sehingga ayam lembut & kuahnya pekat. Angkat & hidangkan.