Bihun Goreng Sri Subis

Ramuan / Bahan

1 paket bihun (rendam supaya lembut)
200 gm udang kering
2 biji telur
seikat sayur sawi
sedikit tauge
sedikit kicap cair
secukup rasa garam dan gula
minyak untuk menumis


Bahan kisar:
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 senduk cili giling/blend

Bahan untuk hiasan:
2 biji cili merah
daun bawang
daun sup

Cara-cara

1.Goreng udang kering hingga garing.
2.Telur dipukul dan goreng hancur hngga
masak.(ketepikan)
3.Tumis bahan kisar hingga naik bau.
4.Masukkan garam,gula,kicap dan gaul.
5.Masukkan bihun.Gaul rata2 hingga agak
masak baru masukkan sawi,tauge,udang
kering dan telur.Gaul rata2 dan sebati
hingga masak.