Yi Mee Mushroom Chicken Gravy

Ramuan / Bahan

1 bungkus yi mee

2sm halia-hiris
5 biji cili padi-diketuk
2 ulas bwg putih-cincang
1 biji bwg besar-hiris
3 sudu besar minyak utk menumis
10 biji cendawan shitake kering-rendam dan potong nipis
3 ketul peha ayam - boleh ganti dengan 1 kiub ayam
300g isi ayam
½ cawan sos tiram
3 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
2 cawan air
gula secukup rasa
utk pekatkan kuah

1 sudu besar tepung jagung
sedikit air

Cara-cara

tumis halia hingga wangi, masukkan bwg putih, bwg besar dan cili padi.biar sampai naik bau.masukkan peha ayam/kiub, cendawan, sos tiram, kicap dan air.biarkan sampai mendidih.selepas mendidih, masukkan isi ayam dan gula, biar sekejap.pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung.curahkan kuah ke atas yi mee dalam pinggan sizzling.sedia dihidang