Yee Mee Bandung

Ramuan / Bahan

2 gulung Yee Mee
1 biji telur
3 biji bawang putih (pecahkan sahaja)
1 biji lobak (potong panjang)
20 gm isi ayam
10 gm udang tanpa kulit @ sotong
1 pokok sawi (potong panjang)
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar minyak masak
3 cawan air (atau lebih)
Garam, gula dan perasa

Cara-cara

Tumis bawang putih dengan minyak. Masuk isi ayam dan kacau sehingga isi masak. Masuk lobak dan cili boh. Gaul seketika. Masuk air.
Apabila mula hendak mendidih, masuk sos tiram dan sos cili.
Apabila mendidih masukkan udang @ sotong. Masuk sawi, Yee Mee dan telur. Biarkan mereneh seketika. Apabila mi lembut masuk garam, gula dan perasa.