Suhun Berudang

Ramuan / Bahan

300 gm udang harimau
100 gm suhun (direndam)
1 tangkai daun pasli (dihiris)
1 tangkai daun bawang (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar susu cair
1 sudu kecil pati ayam (disatuakan)
cawan air (disatuakan)
Sedikit serbuk lada sulah
Minyak masak & garam

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan udang, serbuk lada sulah & dikacau rata. Kemudian masukkan suhun, sos tiram, garam, daun bawang & daun pasli. Akhir sekali, masukkan susu cair & stok ayam. Masak selama 3 minit. Angkat & hidangkan.