Spaghetti Segera

Ramuan / Bahan

Spaghetti
Ayam/daging cincang
Sos bolognaise(dolmio ke, prego ke)
3 labu Bawang besar
4 ulas Bawang putih 1 tin cendawan butang
Oregano
Garam / gula
Minyak zaitun
Grated cheese

Cara-cara

Didihkan air bersama 1 sudu kecil garam. Masukkan spaghetti dan masak sehingga pasta lembut. Toskan dan lalukan dibawah air mengalir seketika. Letakkan kedalam pinggan dan gaulkan bersama minyak zaitun atau minyak masak untuk mengelakkan pasta melekat.

Kedua-dua bawang dipotong dadu. Cendawan dipotong mengikut suka. Tumiskan bawang bersama oregano. Masukkan ayam/daging cincang dan masak sehingga daging masak. Masukkan air jika perlu. Tuangkan sebotl sos bolognaise tadi bersama sedikit garam dan gula. Gaulkan seketika. Masukkan cendawan, gaulsebatikan dan biarkan seketika. Sebelum api dipadamkan, masukkan sedikit lagi oregano dan grated cheese.

Untuk menghidang, tuangkan kuah ke atas spaghetti. Taburkan sedikit cheese untuk hiasan.