Spaghetti Marinara ala Malaysia

Ramuan / Bahan

500 g Spaghetti / Spaghettini etc.
1 biji bawang besar - potong dadu halus
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji lada hidup atau 4 biji cili padi - dimayang
300 g campuran udang, sotong, kerang
100 ml jus tomato
1 tin tomato biji - boleh diganti dengan 3-4 biji tomato yang dicincang halus
2 sudu besar tomato puree 1 sudu besar oregano
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
Sedikit daun parsley (segar atau kering)
Garam
Gula

Cara-cara

Rebus spaghetti ikut panduan yang diberi. Toskan dan gaul dengan daun parsley.

Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hingga kekuningan. Masukkan tomato puree dan tumiskan sebentar. Masukkan tomato, jus tomato, sos tiram, oregano, lada hitam. Masak hingga didih dan kuah hampir pekat. Lepas tu masukkan campuran makanan laut, gula dan garam. Biarkan kuah agak pekat sebelum diangkat dan dihidang dengan spaghetti.